MENGAPA STRESS?? TERTEKAN??
Nurse mana yang tak stress bila pesakit dan doktor silih berganti memberi tugas yang berlainan? Dari memberi ubat mengikut waktu, menyediakan makanan, menukar lampin dan cadar sampailah mengambil tekanan darah, pasti ada saja yang akan timbul masalah. Tetapi, kami jururawat tak pernah merungut sebab kami faham situasi mereka. Kerja yang berterusan begini yang buat stress, letih dan sedih. Jes hanya berkata secara umum sebab kawan2 Jes mengalami situasi seperti yang Jes katakan tadi.
Jes pula sebab kerja kat OT (dewan bedah), tak perlulah nak berdepan dengan banyak kerenah pesakit sebab most of the time pesakit akan tidur(bius umum). (bukannya nak mengata atau mengutuk pesakit-kita pun faham situasi mereka)
Tapi yang stressnya kerja di OT ni, memang ada banyak sebab.
Expectation sebagai OT nurse
Sebagai OT nurse, Jes kena tahu mengenai operation yang bakal dibuat oleh doktor (Contohnya: simptom pesakit, side effect operation atau ubat hingga la ke well being pesakit). Kalau ada pesakit datang untuk C-section, kami kena tahu maintain sterility, instrument yang sesuai untuk pembedahan, cara menjaga bayi sewaktu dilahirkan hingga la membantu doktor semasa operation. Jadi, Jes boleh katakan kat sini yang bukan semua nurse boleh tahan kerja di OT sebab Jes dah lihat ramai senior Jes tinggalkan OT untuk kerja lain. Situasi yang Jes beri di atas hanyalah contoh yang tak sampai 0.05% stress yang perlu dilalui oleh kami.
Untuk berfungsi sepenuhnya sebagai OT nurse, Jes dulu ambil masa sehingga 5 bulan untuk adapt.
Doktor
Ok, siapa cakap doktor garang, angkat tangan!! Doktor mana yang tak garang?? TAPI TAHU TAK KENAPA MEREKA GARANG?? Sebab Doktor nak yang terbaik untuk pesakit2 mereka. Lebih2 lagi kalau semasa pembedahan.TAK BOLEH SILAP!! Kalau silap, nyawa pesakit yang akan terjejas. Jadi most of the time, nurse akan kena marah sometimes kena maki hamun dengan doktor sebab buat silap.. tetapi, Jes pernah tengok doktor yang asyik marah walau kita tak buat silap..IS IT FAIR FOR US?? Mestilah semua nurse yang ada akan cabut lah...siapa yang tahan kalau kena marah hari2?? Mesti U all tak nak kan?
Rakan sekerja
Kerja di OT kena lah ada teamwork. Setiap pembedahan ada team doktor dan nurse sendiri. Kalau ada nurse tak der doktor tak boleh buat surgery. Begitu juga sebaliknya. Rakan sekerja memang memainkan peranan penting. Kalau ada 2 orang tak datang kerja pun, mesti akan kelam kabut dan tak terurus sebab akan menyusahkan boss dan rakan lain untuk ganti tempat mereka.
Lagi satu, kita pun mestilah ada respect dengan each other. Kalau ada yang dah senior buat dunno and tak nak tolong, memang lah stress level naik 100%.
Working hours
Kenapa dengan working hours ni?? Kat sini Jes nak story, kerja kat OT ni memang tak boleh dijangka. Adakala buat pembedahan sampai berbelas jam. Paling pendek 20 min je pun. Tapi Jes dah beberapa kali experience buat surgery dari pagi sampai petang, ada yang petang sampai awal pagi. Walaupun tak kerap, tapi rasa bagaikan OT dah jadi rumah no 2 di mana kita tidur di hospital je... macam mana nak luang masa dengan family?
Lebih dari tu, kami kena buat oncall...kalau oncall kena buat shift hari ni, malam dan shift hari esoknye berterusan!! Memang lama sangat tempoh kami kerja ni....
*Berbaloi ke kerja Jes dengan gaji yang sekarang ni??? Kalau U all nurse mungkin dah start tanya diri sendiri. Kalau kerja kat luar negara gaji lagi tinggi. TAPI DI MALAYSIA?? MEMANG TAK BERBALOI!!
Jadi I sekarang ni sedang buat kerja part time yang sedikit sebanyak boleh bantu Jes uruskan family. Jes akan update soon jadi stay with me...!! $$$$$
*Berbaloi ke kerja Jes dengan gaji yang sekarang ni??? Kalau U all nurse mungkin dah start tanya diri sendiri. Kalau kerja kat luar negara gaji lagi tinggi. TAPI DI MALAYSIA?? MEMANG TAK BERBALOI!!
Jadi I sekarang ni sedang buat kerja part time yang sedikit sebanyak boleh bantu Jes uruskan family. Jes akan update soon jadi stay with me...!! $$$$$
No comments:
Post a Comment