Seperti biasa, Jes akan memasak dan mengemas rumah sebelum turun kerja petang. Tambahan pula,hari ni special menu iaitu kari kambing kegemaran Hubby.Jam pula dah menunjukkan pukul 11.15pagi. Perut pula rasa sakit semacam tapi tak kuat. Jes terfikir"Dah dekat ke nak beranak??" Sebab dah lambat nak ke kerja, jadi dengan "rushing"nye Jes pun selesaikan masakan dan bawa anak sulung ke bilik mandi.
Selesai mandikan anak, Jes pula mandi. Teringat pesan doktor yang suruh buat "squat exercise" bagi cepat beranak. Dah masuk minggu ke39. Jadi Jes pun buat la. Lepas bersiap Jes makan dan call hubby minta hantarkan ke kerja.
Dalam on the waynak gi kerja tu, Jes rasa sakit lagi. Semakin kerap dalam selang 20 minit. Jes kata kat hubby, " Better we go to labor room first just to check in case it is true labor"
Sampai labor room, nurse kate nak check VE dulu. Nurse beri patient gown untuk salin baju. Lepas salin baju, Jes baring di katil dengan anxiety yang tinggi sambil tunggu nurse datang. Tak sampai 5minit nurse masuk dan check, dia khabarkan berita yang buat Jes terkedu and nak menangis.
"Dah bukak 5 cm dah!!!" sambil senyum. "
Jes start menangis, hubby tanya kenapa menangis. " I didn't expect it to happen so fast." Jes terus minta epidural kat nurse. Tak lama lepas tu pakar bius datang. Sepanjang prosedur tu, Jes boleh rasa sakit semakin kerap dan intensiti semakin tinggi. Makin lama makin tak tahan. Selepas epidural, ingatkan sakit akan hilang TETAPI Jes boleh rasa lagi.
Sejam lepas tu, sakit makin kuat!!! Jes start menangis tak tahan sakit. Hubby pulak asyik kate tarik nafas dan jangan fikir pasal sakit. "KALAU DAH SAKIT MACAM MANE NAK TAK FIKIR PASAL SAKIT???!!!" Jes marah kat hubby.
Dah pukul 5pm... nurse datang check VE lagi. Kali cervix dah dilate fully. 10cm... Aaahhh!!! Nurse suruh push sementara doktor sampai. Alahai, Jes push sampai tak larat, Jes jadi penat by the time doktor sampai. Doktor suruh push tapi bila Jes push baby tak turun pun. Jes tak dapat tahan sakit yang Jes tak dapat push. Jadi at last doktor keluarkan baby guna vacuum pump. Lepas baby keluar, Jes rasa lega sangat. Nampak muke baby, tak rasa sakit jahit episiotomy wound pun. Lepas siap dijahit dan dibersihkan, Jes terus breastfeed baby. Baby(Sue) pun latch macam dah biasa minum dari breast.
Tak lama lepas tu, Sue dibawa ke nursery untuk ditimbang dan dimandikan. Jes pula dipindahkan ke wad biasa. Di wad biasa, Jes tak sabar tunggu baby dihantar ke bilik. Bila nurse datang je, mesti Jes akan tanya bila baby akan dihantar. Lebih kurang 1 jam lepas tu, Sue sampai. Sue tengah menangis sebab lapar. Jes tanya kat nurse berapa berat, nurse kate 3.35kg. Hubby seronok dengar. Dia sibuk inform kat keluarga dan saudara pasal berita Jes dah lahirkan anak. Syukur anak lahir dengan selamat. Thanks to you God.
Dalam bilik anak sulung dan hubby sibuk main kat Sue sampai tak endah kat Jes. Bila terfikir balik kisah nak beranak ni,Jes jadi kecut perut jadi takut pulak nak beranak di masa depan!!
Bila dengar orang sebut "misi" atau nurse mesti ramai yang pandang rendah..hakikatnya kerja kami yang kena layan pesakit dan doktor sampai makan dan rehat tak terjaga, tak dapat luangkan masa sepenuhnye dengan keluarga apatah lagi gaji yang kami dapat pulak RENDAH!!!
Monday, 19 October 2015
Alamak!! Dah 5cm??!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment