Bila beranak, Jes takut bila doktor buat potongan episiotomy.Salah satu kesan terhadap wanita semasa beranak ialah mereka akan dapt luka episiotomy. Tapi, apa itu Episiotomy? Kenapa ia perlu dibuat? Adakah ia perlu? Mesti semua persoalan ni dah terbina dalam hati wanita....
Jadi Jes nak explain serba sedikit yang Jes tahu tentang luka episiotomy ni. Luka episiotomy adalah luka potongan yang dibuat oleh bidan atau doktor di bahagian vagina semasa proses kelahiran barlaku. Potongan di bahagian perineum ini dibuat supaya dapat mempercepatkan kelahiran kepala baby. Episiotomy juga dibuat untuk elak koyak 2nd and 3rd degree yang mungkin akan menjejaskan muscle di sekeling vagina dan anus. Kalau koyak teruk, puan-puan yang beranak diluar sana akan suffer dengan banyak jahitan di bahagian perineum,mungkin perlu masuk OT untuk jahit koyak di anus dan tissue sekeliling... Jes lebih rela dipotong dari kena masuk OT untuk JAHIT bahagian yang koyak tu... Jadi, kita dah tahu mengapa ia dibuat.....Jes memang takut kalau nak beranak... Kenapalah lelaki tak perlu lalui semua ni???
Nak buat potongan itu pula ada tekniknya. Biasanya bidan atau doktor akan beri LA iaitu local anaesthesia/bius setempat. Kemudian mereka akan potong 90° ke bawah iaitu arah dubur atau 120° arah kiri atau kanan secara oblique untuk membesarkan bukaan bagi senang nak keluarkan kepala baby. Teknik ini perlu dipatuhi sebab takkan ganggu integriti perineal body. Kalau tak, pelvic floor akan lemah.Potongan akan dibuat dengan gunting steril. Procedure ni adalah steril kerana kita tak mahu luka tersebut dijangkiti kuman..
Panjagaan luka boleh dibuat dengan pelbagai cara. Kalau nak cara tradisional,boleh buat sitz bath 2 kali sehari( rendam air suam bergaram...guna garam batu)...kalau tak nak, boleh cuci guna Flavine lotion selepas setiap kali ke tandas sehingga luka kering. Hanya sapu di atas luka menggunakan kapas.
Selain itu, semasa mandi boleh juga cuci guna Dettol yangdah dilute.
Sedikit sebanyak yang Jes tahu, Jes dah kongsi di sini. Jes harap pembaca dapat ilmu dari sini.
Bila dengar orang sebut "misi" atau nurse mesti ramai yang pandang rendah..hakikatnya kerja kami yang kena layan pesakit dan doktor sampai makan dan rehat tak terjaga, tak dapat luangkan masa sepenuhnye dengan keluarga apatah lagi gaji yang kami dapat pulak RENDAH!!!
Tuesday, 20 October 2015
Apa itu Episiotomy?
Labels:
Episiotomy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment