Labels

Tuesday, 20 October 2015

Apa itu Episiotomy?

Bila beranak, Jes takut bila doktor buat potongan episiotomy.Salah satu kesan terhadap wanita semasa beranak ialah mereka akan dapt luka episiotomy. Tapi, apa itu Episiotomy? Kenapa ia perlu dibuat? Adakah ia perlu? Mesti semua persoalan ni dah terbina dalam hati wanita....
Jadi Jes nak explain serba sedikit yang Jes tahu tentang luka episiotomy ni. Luka episiotomy adalah luka potongan yang dibuat oleh bidan atau doktor di bahagian vagina semasa proses kelahiran barlaku. Potongan di bahagian perineum ini dibuat supaya dapat mempercepatkan kelahiran kepala baby. Episiotomy juga dibuat untuk elak koyak 2nd and 3rd degree yang mungkin akan menjejaskan muscle di sekeling vagina dan anus. Kalau koyak teruk, puan-puan yang beranak diluar sana akan suffer dengan banyak jahitan di bahagian perineum,mungkin perlu masuk OT untuk jahit koyak di anus dan tissue sekeliling... Jes lebih rela dipotong dari kena masuk OT untuk JAHIT bahagian yang koyak tu... Jadi, kita dah tahu mengapa ia dibuat.....Jes memang takut kalau nak beranak... Kenapalah lelaki tak perlu lalui semua ni???
Nak buat potongan itu pula ada tekniknya. Biasanya bidan atau doktor akan beri LA iaitu local anaesthesia/bius setempat. Kemudian mereka akan potong 90° ke bawah iaitu arah dubur atau 120° arah kiri atau kanan secara oblique untuk membesarkan bukaan bagi senang nak keluarkan kepala baby. Teknik ini perlu dipatuhi sebab takkan ganggu integriti perineal body. Kalau tak, pelvic floor akan lemah.Potongan akan dibuat dengan gunting steril. Procedure ni adalah steril kerana kita tak mahu luka tersebut dijangkiti kuman..
Panjagaan luka boleh dibuat dengan pelbagai cara. Kalau nak cara tradisional,boleh buat sitz bath 2 kali sehari( rendam air suam bergaram...guna garam batu)...kalau tak nak, boleh cuci guna Flavine lotion selepas setiap kali ke tandas sehingga luka kering. Hanya sapu di atas luka menggunakan kapas.
Selain itu, semasa mandi boleh juga cuci guna Dettol yangdah dilute.
Sedikit sebanyak yang Jes tahu, Jes dah kongsi di sini. Jes harap pembaca dapat ilmu dari sini.

Monday, 19 October 2015

Alamak!! Dah 5cm??!!

Seperti biasa, Jes akan memasak dan mengemas rumah sebelum turun kerja petang. Tambahan pula,hari ni special menu iaitu kari kambing kegemaran Hubby.Jam pula dah menunjukkan pukul 11.15pagi. Perut pula rasa sakit semacam tapi tak kuat. Jes terfikir"Dah dekat ke nak beranak??" Sebab dah lambat nak ke kerja, jadi dengan "rushing"nye Jes pun selesaikan masakan dan bawa anak sulung ke bilik mandi.
Selesai mandikan anak, Jes pula mandi. Teringat pesan doktor yang suruh buat "squat exercise" bagi cepat beranak. Dah masuk minggu ke39. Jadi Jes pun buat la. Lepas bersiap Jes makan dan call hubby minta hantarkan ke kerja.
Dalam on the waynak gi kerja tu, Jes rasa sakit lagi. Semakin kerap dalam selang 20 minit. Jes kata kat hubby, " Better we go to labor room first just to check in case it is true labor"
Sampai labor room, nurse kate nak check  VE dulu. Nurse beri patient gown untuk salin baju. Lepas salin baju, Jes baring di katil dengan anxiety yang tinggi sambil tunggu nurse datang. Tak sampai 5minit nurse masuk dan check, dia khabarkan berita yang buat Jes terkedu and nak menangis.
"Dah bukak 5 cm dah!!!" sambil senyum. "
Jes start menangis, hubby tanya kenapa menangis. " I didn't expect it to happen so fast." Jes terus minta epidural kat nurse. Tak lama lepas tu pakar bius datang. Sepanjang prosedur tu, Jes boleh rasa sakit semakin kerap dan intensiti semakin tinggi. Makin lama makin tak tahan. Selepas epidural, ingatkan sakit akan hilang TETAPI Jes boleh rasa lagi.
Sejam lepas tu, sakit makin kuat!!! Jes start menangis tak tahan sakit. Hubby pulak asyik kate tarik nafas dan jangan fikir pasal sakit. "KALAU DAH SAKIT MACAM MANE NAK TAK FIKIR PASAL SAKIT???!!!" Jes marah kat hubby.
Dah pukul 5pm... nurse datang check VE lagi. Kali cervix dah dilate fully. 10cm... Aaahhh!!! Nurse suruh push sementara doktor sampai. Alahai, Jes push sampai tak larat, Jes jadi penat by the time doktor sampai. Doktor suruh push tapi bila Jes push baby tak turun pun. Jes tak dapat tahan sakit yang Jes tak dapat push. Jadi at last doktor keluarkan baby guna vacuum pump. Lepas baby keluar, Jes rasa lega sangat. Nampak muke baby, tak rasa sakit jahit episiotomy wound pun. Lepas siap dijahit dan dibersihkan, Jes terus breastfeed baby. Baby(Sue) pun latch macam dah biasa minum dari breast.
Tak lama lepas tu, Sue dibawa ke nursery untuk ditimbang dan dimandikan. Jes pula dipindahkan ke wad biasa. Di wad biasa, Jes tak sabar tunggu baby dihantar ke bilik. Bila nurse datang je, mesti Jes akan tanya bila baby akan dihantar. Lebih kurang 1 jam lepas tu, Sue sampai. Sue tengah menangis sebab lapar. Jes tanya kat nurse berapa berat, nurse kate 3.35kg. Hubby seronok dengar. Dia sibuk inform kat keluarga dan saudara pasal berita Jes dah lahirkan anak. Syukur anak lahir dengan selamat. Thanks to you God.
Dalam bilik anak sulung dan hubby sibuk main kat Sue sampai tak endah kat Jes. Bila terfikir balik kisah nak beranak ni,Jes jadi kecut perut jadi takut pulak nak beranak di masa depan!!

Thursday, 15 October 2015

Susah senang job I as a nurse

Selepas penat bekerja seharian, Jes balik rumah kepada yang tersayang. Kadang kala, bila mood Jes tak baik, asal nampak wajah anak2 di rumah Jes akan lupa segala tekanan dan stress di tempat kerja.

MENGAPA STRESS?? TERTEKAN??

Nurse mana yang tak stress bila pesakit dan doktor silih berganti memberi tugas yang berlainan? Dari memberi ubat mengikut waktu, menyediakan makanan, menukar lampin dan cadar sampailah mengambil tekanan darah, pasti ada saja yang akan timbul masalah. Tetapi, kami jururawat tak pernah merungut sebab kami faham situasi mereka. Kerja yang berterusan begini yang buat stress, letih dan sedih. Jes hanya berkata secara umum sebab kawan2 Jes mengalami situasi seperti yang Jes katakan tadi.
Jes pula sebab kerja kat OT (dewan bedah), tak perlulah nak berdepan dengan banyak kerenah pesakit sebab most of the time pesakit akan tidur(bius umum). (bukannya nak mengata atau mengutuk pesakit-kita pun faham situasi mereka)
Tapi yang stressnya kerja di OT ni, memang ada banyak sebab.


Expectation sebagai OT nurse

Sebagai OT nurse, Jes kena tahu mengenai operation yang bakal dibuat oleh doktor (Contohnya: simptom pesakit, side effect operation atau ubat hingga la ke well being pesakit). Kalau ada pesakit datang untuk C-section, kami kena tahu maintain sterility, instrument yang sesuai untuk pembedahan, cara menjaga bayi sewaktu dilahirkan hingga la membantu doktor semasa operation. Jadi, Jes boleh katakan kat sini yang bukan semua nurse boleh tahan kerja di OT sebab Jes dah lihat ramai senior Jes tinggalkan OT untuk kerja lain. Situasi yang Jes beri di atas hanyalah contoh yang tak sampai 0.05% stress yang perlu dilalui oleh kami.

Untuk berfungsi sepenuhnya sebagai OT nurse, Jes dulu ambil masa sehingga 5 bulan untuk adapt.


Doktor

Ok, siapa cakap doktor garang, angkat tangan!! Doktor mana yang tak garang?? TAPI TAHU TAK KENAPA MEREKA GARANG?? Sebab Doktor nak yang terbaik untuk pesakit2 mereka. Lebih2 lagi kalau semasa pembedahan.TAK BOLEH SILAP!! Kalau silap, nyawa pesakit yang akan terjejas. Jadi most of the time, nurse akan kena marah sometimes kena maki hamun dengan doktor sebab buat silap.. tetapi, Jes pernah tengok doktor yang asyik marah walau kita tak buat silap..IS IT FAIR FOR US?? Mestilah semua nurse yang ada akan cabut lah...siapa yang tahan kalau kena marah hari2??  Mesti U all tak nak kan?

Rakan sekerja

Kerja di OT kena lah ada teamwork. Setiap pembedahan ada team doktor dan nurse sendiri. Kalau ada nurse tak der doktor tak boleh buat surgery. Begitu juga sebaliknya. Rakan sekerja memang memainkan peranan penting. Kalau ada 2 orang tak datang kerja pun, mesti akan kelam kabut dan tak terurus sebab akan menyusahkan boss dan rakan lain untuk ganti tempat mereka.
Lagi satu, kita pun mestilah ada respect dengan each other. Kalau ada yang dah senior buat dunno and tak nak tolong, memang lah stress level naik 100%.

Working hours

Kenapa dengan working hours ni?? Kat sini Jes nak story, kerja kat OT ni memang tak boleh dijangka. Adakala buat pembedahan sampai berbelas jam. Paling pendek 20 min je pun. Tapi Jes dah beberapa kali experience buat surgery dari pagi sampai petang, ada yang petang sampai awal pagi. Walaupun tak kerap, tapi rasa bagaikan OT dah jadi rumah no 2 di mana kita tidur di hospital je... macam mana nak luang masa dengan family?

Lebih dari tu, kami kena buat oncall...kalau oncall kena buat shift hari ni, malam dan shift hari esoknye berterusan!! Memang lama sangat tempoh kami kerja ni....

*Berbaloi ke kerja Jes dengan gaji yang sekarang ni??? Kalau U all nurse mungkin dah start tanya diri sendiri. Kalau kerja kat luar negara gaji lagi tinggi. TAPI DI MALAYSIA?? MEMANG TAK BERBALOI!!

Jadi I sekarang ni sedang buat kerja part time yang sedikit sebanyak boleh bantu Jes uruskan family. Jes akan update soon jadi stay with me...!! $$$$$